Khamis, 5 April 2012

RESEPI

RESEPI FONDANT / SUGARPASTE

BAHAN-BAHAN;

Gelatin powder - 17 g
1/4 cup air sejuk - 60 ml
1/2 cup liquid glucose - 125 ml
2 sudu besar shortening - 30 g
1 sudu besar glycerin - 22 g
1 kg gula icing yang telah diayak - 8 cawan

 

 CARA-CARA
  • Campurkan gelatin dan air. Biar sehingga pekat. Letakkan campuran gelatin di atas double boil dan panaskan sehingga larut. Tambahkan glucose dan kacau. Masukkan shortening dan kacau. Jauhkan campuran dari api sebaik sahaja shortening hampir cair sepenuhnya. Masukkan glycerin dan biar sehingga campuran menjadi suam.
  • Letakkan 4 cawan gula icing ke dalam mangkuk. Tuang campuran dan gaul dengan sudu kayu. Masukkan lebihan gula icing sedikit demi sedikit sehingga ' stickiness' hilang. Uli fondant sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan. Jika fondant terlalu lembut, tambahkan gula icing dan jika keras, tambahkan air, setitik demi setitik. Biarkan fondant berehat seketika selama 1 jam sebelum digunakan.

Tiada ulasan: