RESEPI APA2 AJE

BAHAN2 FONDANT
  • 63 ml air
  • 1 sudu besar gelatin halal
  • 125 ml sirap glucose
  • 1 1/2 sudu besar gliserin
  • 2 sudu besar lemak sayur (shortening)
  • 1 kg gula aising
  • Pewarna pilihan

Cara-cara

  1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.
  2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.
  3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.
  4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.
  5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.
  6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
  7. Doh yg sudah siap akan jadi seperti gambar ni. Warna putih.
  8. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.
  9. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.
  10. Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing. Thanks 


APAM PALKA DOT

bahan2:
 300 ml susu
6biji telur gredA
500 gm tepung gandum/tepung superfine
2tbsp baking powder
400gm gula icing
2 tbsp ovalette
1 tbsp esen vanilla

caranya:
putar telur dgn gula dan ovellete sampai kembang
mask vanilla
mskkn susu bselang seli dgn tepung.so kalo nk boh filling just boh dlm cup n pas2 paiping je...dh leh kukus da

Tiada ulasan: